“KEBAIKAN ADALAH SAHAM ”
Maksud:
Lakukan kebaikan..kerana ianya sesuatu yang ganjil, yang tidak akan luput/hilang ketika mana anda tiada. (meninggal dunia)
Keterangan
Adalah teramat banyak dan mudah sekali untuk melakukan kebaikan dan ianya tanpa dikenakan dengan apa-apa bayaran seperti bermanis muka ketika bertemu, memberi ucapan-ucapan yang baik, menghormati antara satu sama lain, bersopan santun, tolong menolong, memberi laluan kepada yang memerlukan, menahan pintu lif, dan sebagainya.
Di sisi kami akan kongsikan satu kebaikan yang manusia merasa rugi bila melakukannya iaitu amalan bersedekah atau menderma, walaupun jaminan daripada Allah s.w.t kepada para penderma ialah digandakan pahala sehingga 700 kali, dipanjangkan umur, di tambahkan rezekinya, di jauhkan musibah walaupun ianya bukan seorang muslim sebagaimana yang dijelaskan dalam Al-Quran dan hadis Baginda Muhammad s.a.w. Inilah rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita semua. Tetapi perlu diingatkan tanda Allah sayang bukan berdasarkan kekayaan, pangkat dan keturunan. Bahkan ianya berdasarkan kepada sesiapa yang lebih taat kepadaNya.
Mendermalah mengikut kemampuan anda. Jangan tunggu bila kita kaya dulu baru kita menderma atau bersedekah. Mulakanlah walaupun dengan jumlah yang sedikit.
Sebenarnya apa yang dermakan itulah yang akan menjadi milik kita dan saham yang kekal abadi di akhirat kelak. Apa yang kita simpan itu belum tentu menjadi milik kita, jika kita sudah tiada di dunia ini. Ianya mungkin menjadi milik anak-anak, isteri, suami, atau suami baru, atau isteri baru atau sesiapa saja yang berhak menerima.
Berikut adalah teguran dan amaran dari Allah dalam Kitab Al-Quran kepada mereka yang kedekut atau bakhil dalam melakukan kebaikan seperti bersedekah:
1- Surah Al-Baqarah : ayat 268
2- Surah Ali-Imran : ayat 180
3 - Surah An-Nisa : ayat 37
4 - Surah At- Taubah : ayat 67
5 - Surah Al- Israq : 29 dan 100
6 - Surah Al- Furqan : ayat 67
7 - Surah Yassin : ayat 47
8 - Surah Muhammad : 37 dan 38
9 - Surah An- Najmi : ayat 34
10 - Surah Al- Hasyr : ayat 9
11 - Surah Al - Hadid : ayat 24
12 - Surah At- Tharabun : ayat 16
13 - Surah Al-Qalm : ayat 24
14 - Surah Al- Maarij : ayat 21
15 - Surah Al- Fajr : ayat 18
16 - Surah Al-Lail : ayat 8
17 - Surah Al- Ma'un : ayat 3 & 4
Terdapat banyak istilah lain yang Allah nyatakan dalam Al-Quran selain dari kalimah Bakhil. Peruntukkanlah masa yang ada dengan menghadiri majlis-majlis ilmu agar kita akan menemui kenikmatan membaca, memahami kitab-kitab Allah dan seterusnya mengamalkan dalam untuk urusan kehidupan. Alangkah ruginya jika berlalunya hari-hari yang mendatang tetapi kita masih lali dan alpa dengan kehidupan dunia yang penuh dengan cabaran.
Untuk anda merasai lebih seronok adalah amat dipohon untuk anda merujuk makna-makna yang dinyatakan dalam surah tersebut agar anda lebih memahami maksudnya. Mungkin kita akan mengambil masa untuk membuka dan mencari makna-makna ayat itu, tetapi sebenarnya usaha kita itulah yang akan menjadi saksi dengan kebaikan yang kita lakukan di atas dunia ini.
Firman Allah:
Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan. [ Surah An-Nur : 24 ] Semoga kita semua di himpunkan didalam Syurga oleh Allah. Amin Ya Allah. Sekian terima kasih.