nuffnang

Singgah Mai beli Satt.... Tgk Jer pon takpa...

Wednesday, December 14, 2011

Tempahan Candy Buffet Event Mengikut Tema Anda


















Kami menerima tempahan utk Candy Buffet

Ia sesuai untuk majlis2 seperti perkahwinan, pertunangan, harijadi, jamuan, Marhaban, nikah,jamuan office,jamuan perpisahan, ulang tahun perkahwinan, gathering, reunion, B2B, baby shower, House Warming Party dll.

Kami juga menyediakan khidmat : -

♥♥ Pilihan warna tema yg anda ingin kan!! contohnya tema putih & pink, hitam & merah dll.

♥♥ Pilihan tema yg anda ingin kan!! contohnya tema Angry Bird, Ben 10 dll dengan syarat Hiasan Meja mengikut warna tema dan pilihan tema tempahan hendaklah dibuat selewat-lewatnyanya 2 minggu dari tarikh anda..

♥♥ Beritahu kami apa bajet anda, InsyaAllah kami akan penuhi.

♥♥ Party packs and hiasan jamuan bergantung kepada BUDGET anda :)

Untuk pembukaan kami menyediakan 2 pakej dgn harga yg amat berpatutan.


Monday, November 28, 2011

Ulang Tahun Perkahwinanku Yang Ke-3 tahun

mengimbas kembali detik2x bersejarah dalam hidupku :)

i luv u forever.. InsyaAllah


aku bersyukur padamu YA ALLAH kerana Engkau telah kurniakan seorang lelaki yang bernama SUAMI di dalam kehidupanku.. semoga kasih sayang suamiku terhadapku tetap setia selamanya dan dapat menerima diriku seadanya.

Dialah pilihan HATI saya... wajah kesayangan hamba


Hari Ini 28 NOV 2011 Adalah Ulang Tahun Perkahwinanku Yang Ke 3 Tahun. kejap je kan dah 3 tahun. Dalam Tempoh Itu Pelbagai Dugaan Dan Cabaran Yang Kami Tempuhi Dalam Menempuhi Bahtera Kehidupan Sebagai Seorang ISTERI Dan SUAMI Semoga Jodoh Pertemuan Kami Berkekalan Dan Di Berkati Oleh ALLAH Hingga Ke Akhir Hayat.... Aminnnn.... Sayang sayannngg abang selamanya.. InsyaAllah.... Mudah-mudahan di tahun baru ini kami akan dikurniakan cahayamata. Buat teman2x sekalian doakan yg terbaik utk kami sekeluarga. Amin :)

Tuesday, November 22, 2011

Resepi APAM POLKADOT versi AAYU yang AYU sangatttt

Telur Gred A, 3 biji (amik dari dlm peti ais)




Alat Penimbang


Masukkan Telur ke dalam bekas mixer



Gula Halus @ Gula Kastor 220 g



Tepung Gandum 275 g





Pukul telur bersama dengan gula kastor



pukul sampai berbuih camni :)



1 sudu teh baking powder



1 sudu teh Ovelette



susu cair 150 ml



masukkan semuanya dan pukul lagi



pukul lagi bagi kembang



camni la rupanya






susun acuan lompang dan isi dengan paper cup






susun banyak2x camni ye kawan2x...



bahagikan adunan kepada 4 kaler
dikacau sehingga sebati dahulu



masukkan ke dalam beg piping



filling STRAWBERRY JEM


jgn lupa potong sikit shj di hujung beg piping tuh



boleh la paipkan ke dalam acuan



nk buat dot..dot.. ker... nk tulis huruf pon boleh...



da siap masak






tara... dalam dia ada filling strawberry :)





Untuk menghasilkan Apam Polkadot yang gebu2 dan comel:

275 gm tepung gandum

220 gm gula halus

150 ml susu segar atau susu cair

3 sudu teh baking powder = diayak sekali

3 biji telur sejuk dari peti ais

1 sudu kecil ovelette

1 sudu esen vanilla

Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing =)

Pewarna adalah terpulang, janji yang dibenarkan =)



Langkah-langkahnya:

1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.

2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.

3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.

4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.

5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.

6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.

7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.

8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.

9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.

10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

11. Apa tunggu lagi…ngap ler hehe…

Mudah bukan? Harap sedikit sebanyak membantu =)
Nota: Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.

Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik.