nuffnang

Singgah Mai beli Satt.... Tgk Jer pon takpa...

Monday, November 28, 2011

Ulang Tahun Perkahwinanku Yang Ke-3 tahun

mengimbas kembali detik2x bersejarah dalam hidupku :)

i luv u forever.. InsyaAllah


aku bersyukur padamu YA ALLAH kerana Engkau telah kurniakan seorang lelaki yang bernama SUAMI di dalam kehidupanku.. semoga kasih sayang suamiku terhadapku tetap setia selamanya dan dapat menerima diriku seadanya.

Dialah pilihan HATI saya... wajah kesayangan hamba


Hari Ini 28 NOV 2011 Adalah Ulang Tahun Perkahwinanku Yang Ke 3 Tahun. kejap je kan dah 3 tahun. Dalam Tempoh Itu Pelbagai Dugaan Dan Cabaran Yang Kami Tempuhi Dalam Menempuhi Bahtera Kehidupan Sebagai Seorang ISTERI Dan SUAMI Semoga Jodoh Pertemuan Kami Berkekalan Dan Di Berkati Oleh ALLAH Hingga Ke Akhir Hayat.... Aminnnn.... Sayang sayannngg abang selamanya.. InsyaAllah.... Mudah-mudahan di tahun baru ini kami akan dikurniakan cahayamata. Buat teman2x sekalian doakan yg terbaik utk kami sekeluarga. Amin :)

Tuesday, November 22, 2011

Resepi APAM POLKADOT versi AAYU yang AYU sangatttt

Telur Gred A, 3 biji (amik dari dlm peti ais)




Alat Penimbang


Masukkan Telur ke dalam bekas mixer



Gula Halus @ Gula Kastor 220 g



Tepung Gandum 275 g





Pukul telur bersama dengan gula kastor



pukul sampai berbuih camni :)



1 sudu teh baking powder



1 sudu teh Ovelette



susu cair 150 ml



masukkan semuanya dan pukul lagi



pukul lagi bagi kembang



camni la rupanya






susun acuan lompang dan isi dengan paper cup






susun banyak2x camni ye kawan2x...



bahagikan adunan kepada 4 kaler
dikacau sehingga sebati dahulu



masukkan ke dalam beg piping



filling STRAWBERRY JEM


jgn lupa potong sikit shj di hujung beg piping tuh



boleh la paipkan ke dalam acuan



nk buat dot..dot.. ker... nk tulis huruf pon boleh...



da siap masak






tara... dalam dia ada filling strawberry :)





Untuk menghasilkan Apam Polkadot yang gebu2 dan comel:

275 gm tepung gandum

220 gm gula halus

150 ml susu segar atau susu cair

3 sudu teh baking powder = diayak sekali

3 biji telur sejuk dari peti ais

1 sudu kecil ovelette

1 sudu esen vanilla

Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing =)

Pewarna adalah terpulang, janji yang dibenarkan =)



Langkah-langkahnya:

1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.

2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.

3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.

4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.

5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.

6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.

7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.

8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.

9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.

10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

11. Apa tunggu lagi…ngap ler hehe…

Mudah bukan? Harap sedikit sebanyak membantu =)
Nota: Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.

Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik.




Saturday, November 19, 2011

eeee...e.e.. mesranyer, bak kata BOB AF ... mesreeeeeee................ sambil dok goyang tangan.... hehhehehe......



ada sesetengah org dapat isteri romantik si suami lak x romantik...



kalau suami romantik si isteri lak x romantik..... herm.... macam2x ada....



kat office aku ni ada sorang officer nih bg aku dia ngan wife dia so romantik bg aku la kan... bagi org lain x tau la... ni pendapat aku jer...


*setiap kali birthday isteri, si suami ni mesti beli delivery sejambak bunga kat office isterinya.


*setiap kali birthday suami lak, si isteri ni mesti beli kek Secret Recepi hantar ke office suaminyer...


*baru2x ni ANNIVERSAY diaorg ke 7 tahun, masing2x delivery hadiah... si isteri bg suaminya KEK SECRET RECEPI- mmg sedap kek tu sbb aku ngan officemate aku dok pulun makan... :)


yg suaminyer lak bg hadiah kat isterinya....



wahhhhh......................... so sweeeeeeeeeeeeettttttttttttt.................



bukan nk menunjuk kat semua orang yg diaorang tu loving couple...



tapi diaorang adalah pasangan yang sangat romantik..........



dlm bilik si suami pun ada gambar family, makna nama husband n wife, kad2x birthday dan kad anniversary...


susah sekarang ni kalau nk tgk org lelaki letak gambar isteri @ family kat tempat diaorg kerje kann... kannn...kan.... betui dak ? nanti takut saham jatuh.....



ada sesetengah lelaki sukar @ susah nk tunjuk kasih sayang kat depan orang ramai. nk pegang tangan pun dah malas, dengan alasan malulah, x baik nk menunjuk-nunjuk nih, sengaja nk tunjuk la tuh kononnye diaorang tu loving couple dan macam2x la alasannyer kan...


bg aku, aku suka org tu tunjuk perasaan kasih sayang kat kita, x kira sama ada bentuk perbuatan @ tingkah laku... terasa diri ini begitu dihargai kan.. :)






Friday, November 18, 2011

"MUTIARA HATI"

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
“ MUTIARA HATI ”
(18 NOVEMBER 2011 / 22 ZULHIJJAH 1432H)

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Di kesempatan berada pada hari Jumaat yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “ MUTIARA HATI ”.


Muslimin Yang di Rahmati Allah,


Anak merupakan anugerah dan nikmat yang terbesar daripada Allah SWT kepada hamba-Nya. Mutiara hati bagi pasangan ibu-bapa ini akan menjadi saham dan membawa keuntungan yang berlipat kali ganda sekiranya mereka dididik dan di bentuk dengan baik serta menjadi anak yang soleh. Sebaliknya, jika mereka di abaikan tidak mustahil akan menjadi anak yang terbiar dan pada masa akan datang akan menjadi sampah kepada masyarakat dan negara. Justeru memiliki anak yang soleh serta baik budi pekertinya menjadi impian setiap ibu-bapa dan keluarga sebagaimana kisah Nabi Zakaria AS yang telah lanjut usia tetapi belum dikurniakan anak untuk menjadi pewaris keturunannya. Lalu Nabi Zakaria AS memohon dengan berdoa kepada Allah SWT agar di kurniakan anak-anak yang soleh. Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 38:

Bermaksud; “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

Anak-anak kita sebenarnya dilahirkan dalam keadaan fitrah, ibarat sehelai kain putih yang suci lagi bersih dari sebarang kekotoran samada zahir ataupun batin, maka menjadi tanggungjawab kita sebagai ibubapa untuk mencorakkan samada untuk membentuknya menjadi insan berjaya ataupun tidak. Sabda Rasulullah SAW:
Bermaksud: “ Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedakah jariah, ilmu yang bermanafaat dan anak yang soleh yang mendoakan” .(Riwayat iman Muslim)

Muslimin Yang di Rahmati Allah,


Menurut Islam memberi pendidikan kepada anak-anak hendaklah dimulakan sejak awal lagi kerana pada usia sebegini segala nilai yang ditanamkan akan tersemat dalam hati sanubari mereka. Ibnu Sina pernah berpesan, katanya: “ketika anak telah mendapat asuhan ibunya, maka ajarkanlah ia adab-adab Islam sebelum ia diserang oleh nilai-nilai yang buruk”. Rasulullah SAW telah menggariskan empat tahap pendidikan kepada anak-anak iaitu: Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun) hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang. Tahap Kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan memberi tanggungjawab kepada mereka. Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat. Tahap Keempat: Anak berumur lebih 21 tahun, hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.


Ibnu Khaldun telah membahagikan tujuan pendidikan kepada anak-anak dalam tiga bentuk: Pertama: Mempersiapkan seorang anak dari segi keagamaan, iaitu mengajarnya syiar-syiar agama menurut al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Ini akan membina akidahnya dan membentuk keperibadian keimanannya. Kedua: Mempersiapkannya dari segi akhlak, dan Ketiga: Mempersiapkannya dari segi pemikiran, ini termasuk ilmu-ilmu umum duniawi, kerana dengan memiliki pemikiran dan ilmu yang baik dan tepat seseorang itu akan mampu berdikari dan memiliki ketrampilan untuk melaksanakan tugas dengan baik.


Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal berkaitan akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, kehidupan agar mereka mengenal erti yang sebenarnya. Berilah pesanan, nasihat, tegurun setiap masa walaupun kadang kala anak-anak kita akan merasa jemu dan bosan. Contohilah apa yang dilakukan oleh Lukman al-Hakim di dalam mendidik anak-anaknya. Firman Allah SWT dalam surah Lukman ayat 13:

Bermaksud: “Dan tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: Wahai anakku, janganlah engkau mempersekutukan Allah sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,


Sebagai ibu-bapa kita tidak boleh mengambil sikap lepas tangan. Jangan kita beranggapan bahawa kita telah menunaikan kewajipan dan hak anak-anak apabila mereka telah dihantar ke sekolah. Ingatlah tanggungjawab kita bukan hanya memastikan agar mereka akan hidup selesa pada masa akan datang akan tetapi tanggungjawab kita juga memastikan agar mereka mempunyai prinsip yang teguh dan jatidiri yang kuat. Dari itu amat penting bagi kita memberi pendidikan agama serta menyemai akhlak mulia kepada mereka kerana dengan pendidikan agama, prinsip iman mereka akan teguh, jati diri mereka akan kuat, dengan ini akan membantu mereka menghadapi masalah-masalah sosial serta membantu mereka menghadapi cabaran masa akan datang. Tanpa prinsip ini ditakuti anak-anak kita akan mudah terpengaruh dengan pelbagai pemikiran. Sehinggakan ada sebahagian dari mereka sanggup menggadai prinsip kehidupan mereka.


Mimbar ingin mengingatkan bahawa memelihara anggota keluarga dari ancaman neraka tidak bererti kita hanya bersikap pasif iaitu dengan hanya mencegah mereka daripada berbagai perbuatan maksiat. Tetapi kita juga mesti bersikap aktif dalam mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka agar pembentukan ini menjadi peranan sebagai kubu dan daya tahan yang dapat menepis dan menapis pengaruh sekitar yang penuh mencabar. Tanggungjawab ibu-bapa bukan hanya memberi arahan, tetapi perlu menonton, membimbing, mengasuh dan menunjukkan contoh yang baik untuk diteladani.Barulah pendidikan kita akan memberikan kesan untuk mencapai matlamat pembentukan nilai murni serta prinsip yang kukuh dalam diri anak-anak.


Muslimin Yang di Rahmati Allah,


Sebagaimana yang kita maklum, musim cuti sekolah sudah bermula, yang paling seronok ialah anak-anak kita. Inilah masa untuk mereka melarikan diri buat sementara dari alam persekolahan. Anak-anak memang mahu bebas daripada belenggu buku-buku sekolah.Mereka mahu berseronok setelah penat mentelaah pelajaran sepanjang tahun. Namun, ada juga dalam kalangan anak-anak kita yang tidak tahu apa aktiviti-aktiviti yang ingin dilakukan pada waktu cuti ini. Dalam fikiran mereka hanya hiburan dan keseronokan yang dicari.Tidak hairanlah sekiranya cuti sekolah yang panjang dihabiskan dengan membuang masa dengan melepak, melayari internet atau melakukan perkara yang tidak mendatangkan feadah. Berdasarkan laporan terdapat puluhan jenis gejala sosial yang mencetuskan kebimbangan dalam kesejahteraan hidup anak-anak kita antaranya merokok, merempit, menonton video lucah, putus cinta, mencuri, lari dari rumah, minum arak, pil khayal, berjudi, simpan gambar lucah, hubungan jenis luar nikah, peras ugut, pecah rumah, menagih dadah, rogol, samun, jenayah bunuh dan lain-lain lagi.Terkini ada dari kalangan anak-anak kita yang di ambil kesempatan oleh pihak penjenayah untuk dijadikan kaldai dadah dan terlibat dalam sendikit pelacuran.


Mimbar ingin berpesan sebagai ibu- bapa, kita seharusnya mengajar anak-anak supaya menggunakan masa dengan bijak. Masa cuti sekolah bukan semata-mata untuk berseronok dan melupakankan terus pelajaran. Ibu- bapa perlulah mengambil peluang ini untuk mengatur program-program yang bermanfaat buat anak-anak seperti menghadiri kem ibadah dan motivasi yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Jadilah ibu- bapa yang prihatin dan mengambil berat terhadap anak-anak. Rancanglah sesuatu agar dapat memanfaatkan cuti sekolah anak-anak dengan sebaik-baiknya. Jangan biarkan mereka sendiri yang menguruskan masa cuti tanpa sebarang pemantauan atau panduan daripada ibu- bapa .


Mengakhiri khutbah pada minggu ini, marilah kita bersama-sama menjaga dan mendidik anak-anak yang diamanahkan oleh Allah SWT kepada kita. Didiklah mereka dengan kehidupan beragama, agar mereka dapat berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara. Isilah masa kehidupan mereka dengan perkara-perkara yang boleh memberi manafaat. Ingatlah wahai muslimin sekalian bahawa mutiara hati ini merupakan sebahagian daripada amanah daripada Allah SWT yang akan di persoalkan di akhirat nanti. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 72:


Bermaksud: “ Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya; dan manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil.”

Thursday, November 17, 2011

Baby


so cute kan gambar nih.... herm.... bestnyer tgk....

InsyaAllah doakan satu hari nanti aku pon leh amik gambar camnih jugak

Friday, November 11, 2011

Tips Travel Dari ZILA

JOM BERCUTI :)





aku amik tips ni dari blog ZILA http://akulovetravel.blogspot.com/2011/09/travel-tips.html
so bagi yang hobi suka melancong dan melencong tu boleh la guna tips nih... sangat berbaloi-baloi....






>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Salam...
Ramai org tanya saya mcmana saya boleh sesuka hati travel sana sini...hehehe. Ramai org igt gaji saya ribu-riban :P
Saya just jwb kt dorg..."semua org boleh travel...nak atau xnak jer. Bila kita nak..mcm2 usaha boleh buat utk full fill mission kita. Jgn fikir org leh travel tu org kaya..no..no..no!!!! salah tu..drgpun mcm kita, makan gaji ma" So..sayapun bg tips2 kt dorg..(hehehe..mcm pakar plak)

Tips2nya....

1- Cari org yg sekepala (not calculative person is better :P). Kenapa?? sebabnya...leh save budget dr segi hotel and food (mana tau foodpun leh share kan...kehkehkeh) then boleh smoothkan travelling sbb sependapat..xde la terjadi hal.."aku nak gi London ...aku nak gi India"...ha...susah nanti jadinya. Kalo sorg2pun boleh...tp make sure hati2 la...

2- Jgn nk harapkan duit gaji jer beb!!! kena la cari extra income...xyah la MLM semua tu..ntah halal ntah tak..mcm2 lg usaha yg boleh wat. Mcm saya, saya ngajar tuition...then wat freelance QS lagi...tak lupa gak..kalo sy ada tlg apa2 my sis, dia lanjer mkn..so, save duit makan. Saya ada tabung...kalo nampak jer syiling bersepah dlm rumah...saya amik..xkira saya punya atau my sis punya sbb dia dh benarkan sy amik kalo jumpa syiling bersepah..wakakaka!!! ha...dapat tu anak2??

3- Wat tabung travel...ala2 tabung bencana gitu. Utk u all punya info...my sis a.k.a my travel partner, dia yg pegang tabung..so every mth kena serahkan duit tabung bencana travel kt dia.

4- Biasa dgr ASB??? ha..ni pun baekkkk punya tips!!!! Setiap awal tahun kita boleh dpt dividen kan?? selalunya dividen tu sy guna half utk insurance kete dan half lg utk travelling cost....ha!!!! cantekkk kan??? simpan sikit2 lama2 jadi bukittt....

5- Nak lg berkat...byr la zakat beb!!!! jgn lupa hulur duit kt makayah..baru la rezeki berkat...dan semuanya berjalan lancar.

6- Semua org biasa dgn mudah.com?? kt sini la sy suka jual brg2 yg x digunakan lagi..setakat ni saya dah jual beg..cabinet tv...mcm2 la lah..dah lupa plak.

7- Satu lagi tips yg plg latest saya wat...saya gunakan epf account 2 utk byrkan monthly housing loan...Alhamdulillah..2thn lebih saya xyah guna duit sendiri byr housing loan. Tu dah kira extra income dah tu!!!!! Mcmana nk wat?? hmmm..kalo anak2 ada utang loan umah...wat application utk kuarkan duit epf dr account 2..pihak epf akan byr monthly base on our installment. Xsampai 1 week application, epf dh masukkan duit dlm account bank kita. Tapi make sure rumah tu dah siap dah dpt CF semua...nak tau lebih detail2..gi refer epf.

Ha...phm semua anak2?? yg tips2 lain tu leh dptkan dr blog2 lain..ni tips sy yg original dari saya sendiri..hehehe..saya dah practickan, anda bila lagi?? Jgn sesekali nak travel guna credit card...tak terbayar nanti. Guna bila emergency jer. Tak sabarnya nak gi Australia next yr...hehehe. Duit utk hotel dh cukup..skrg kumpul duit nak berbelanja kt sana plak. Tergugat gak bila check Air Asia leh dpt RM2k utk ke New Zealand..memang berbaloi tu!!!!

Thursday, November 10, 2011

Roti BAN yg CEKSI

..................Cuba tengok elok2x bentuk roti ban ni?.........

...mesti enak dimakan kan...

herm..... YUMMMY ..... :)

tp roti ban ni sedikit HANGIT la...

dia x putih GEBU....

....hehehhehehehehe....

Wednesday, November 9, 2011

Zarina Ann JOlie yg seksi TErlampau dlm Majalah FHM INDONESIA

kesian x cukup kain


baik buka je semua senang citer. x yah nk cover2x dah....


sayangnyer muka cantik tapi seksi nk mampuih.... hish2x... apa la nk jadi artis malaysia nih... kat malaysia x NGETOP...
igt kalau kat INDONESIA ko NGETOP ker? boleh la ko kawan ngan DEWI PERSIK....

cian kat dia kat Malaysia dia x femes pon... femes sbb kontroversi jer,,,








Lelaki dan Telur-Telurnya

heehehhehe.....gambar ni dah menggambarkan segala-galanya....

:)