Selamat Hari Raya Aidil Adha. Tahun ni aku beraya di umah MIL n FIL. Selalunya 1 ari sebelum hari raya mesti kena buat rendang. Bapa mertua orang N9 so mmg menjadi adat org N9 buat rendang sebelum hari raya yang dipanggil "MANTAI" bukan MOMANTAI... hehehehehh :)
Bagi mereka yg tinggal di Negeri Sembilan, tak kiralah orang Minang atau pun bukan, sudah pasti familiar dengan tradisi mantai ataupun juga dikenali sebagai mogang. Tradisi ini bukanlah tradisi membantai ataupun menghobin sesape, juga takde kena mengena dengan hobin jang hobin atau pun berkelah di tepi pantai. Ia sebenarnya adalah aktiviti menyembelih kerbau atau lembu untuk dibuat rendang, dan juga bergotong-royong menyediakan lemang sebelum ketibaan Ramadhan dan Syawal. Selalunya dilakukan sehari sebelum tibanya hari pertama bagi bulan-bulan tersebut. Kalau duduk kat kampung, memang terasa lagi suasana meriah mantai ni. Tapi sebab duduk kat bandar, takdelah nak bergotong-royong sangat kan. Huhuhu...
so Selamat Hari Raya Aidil Adha...
No comments:
Post a Comment