nuffnang

Singgah Mai beli Satt.... Tgk Jer pon takpa...

Friday, April 8, 2011

You Are Beautiful


ni entry yg sangat gediks ok.. best kan kalau orang puji kita CANTIK kan... I LIKE (kembang hidung, kembang segala-galanya lah) ... terus bersemangat dan senyum meleret...(senyum sampai telinga)


ari tu masa dapat gaji aku p la D8, kan ada jualan lepas gaji.. ada sorang makcik tu juai t-shirt ngan blaus... aku pun ushar2x la baju yg dia juai tuh... pastuh yg syoknya dia siap pegang tangan aku dan dia tgk muka aku.. awak ni cantik la... kui...kui...kui... kulit awak pun bersih n licin... wahhh.... terkedu aku kat situh jugak... hehhehehehe.... :)

nasib baik aku x ckp kat mak cik tu gunalah MARY KAY kan....


makcik puji aku tu ikhlaskan....

so aku pon tak la beli baju dia sbb semata-mata dia puji aku kan...


motifnyer kat sini nak habaq la ada orang puji aku... hehehehehee..... :)


motif gediks sangatttt kannnn..... :p

Thursday, April 7, 2011

Green Tea Dr. Aishah



Aku start diet bulan 2. Aku makan produk Dr. Aishah Solution. Harga dia memang la mak aiii mahai nak mampuih.. tp sebab nk kurus punya pasal terpaksa la beli jugakkan... Dekat 2 bulan aku makan produk tu berat aku turun 7kg.... :)




La ni aku dah start makan nasi ngan roti. Masa diet dulu aku diet karbohidrat... boleh makan ikan, ayam, ketam dan macam2x la kecuali KARBO..




aku dah stop makan produk, cuma la ni aku dok minum Green TEA nih.. green tea ni mmg bagus. Harga dia pon murah jugak. RM35 je .. tahan lama tuh....




feedback yg aku dpt lepas minum green tea ni ada yg kata perut cepat kenyang, selalu g toilet, menghalang perasaan nak makan banyak....




dan yg paling penting GREEN TEA dapat meningkatkan tenaga metabolisme badan.... I LIKE....
TEH HIJAU (Camellia sinesis) adalah sejenis teh hasil daripada daun muda yang segar, diwapkan dan kemudian dikeringkan untuk menjadi produk teh komersial.

Teh hijau mengandungi tiga bahan yang bertindak aktif sebagai agen pelangsing iaitu kafeina (caffeine), L-Theanine dan Epigallocatechin-3 gallate (EGCG).

1.KAFFEINE (caffeine) di dalam teh hijau mempunyai kesan thermogenesis (pembakaran lemak). Ia meningkatkan daya sel-sel otot mengambil dan membakar asid lemak. Ini membantu mempercepatkan pembakaran lemak dan membantu menurunkan lemak badan.
2.L-THEANINE di dalam teh hijau memberi ketenangan, mengurangkan kerisauan dan kemurungan. Ini akan membantu seseorang daripada makan terlalu banyak semasa menghadapi tekanan.
3.EGCG, epigallocatechin-3 gallate, yang terdapat dalam teh hijau bertindak sejajar dengan kafeina membantu meningkatkan kegunaan tenaga. EGCG juga mengurangkan tahap insulin dalam darah. Insulin berperanan dalam mengawal berat badan. Lebih banyak insulin lebih susah hendak menurunkan berat badan.
Antara khasiat & kebaikan TEH HIJAU kepada anda:

•Polyphenols menggalakkan pembakaran lemak.
•Meningkat keupayaan insulin dan metabolisme glukos untuk remaja yang sihat.
•Mengawal pendarahan.
•Membantu luka sembuh dengan elok.
•Membantu mengawal suhu badan.
•Meningkat penghadaman.
•Epigallocatechin (EGCG) ialah antioksidan berkeupayaan tinggi. Ia membantu mencegah kanser pankreas, paru-paru, postate, kulit dan ovari.
•Pengurangan berat badan.
•Merangsang metabolisme dan membantu pembakaran lemak.
•Membantu mencegah penyakit jantung kadiovaskular.
•Membantu mengurangkan kolestrol jahat LDL.
•Agen anti penuaan yang sangat berkesan dalam menyahkan "radikal bebas" yang merosakkan sel-sel.
Berat: 50mg
Harga Runcit: RM35.00


so sapa2x yg nk try GREEN TEA ni boleh ca=ontact aku ok... :)





Wednesday, April 6, 2011

MIL dan FIL pegi KOREA



Bermula hari ni sampai 11 April 2011, aku ngan laki aku kena tido kat umah MIL aku kat Serdang. Sebabnya depa p holiday kat KOREA. Syokkkk nya kalau la aku yg dapat p sana.. Hehehehhe.....


So kena la teman adik ipar aku dan hantar dia p Sekolah pagi2x...


i'll miss my hOME... cehhhh... padahal dekat je pon Serdang ngan Putrajaya kan... :)


kalau nak tau lebih lanjut pasai korea boleh baca blog nih



Diet Nasi


Aku dah x kuat semangat.... Aku dah makan nasi balik... huahuhuahuaaaa.... abislah diet aku.....

Duit yang terkumpul dalam Akaun Nuffnang

Blog ni dah lama aku buat.. tapi nk update malaih sangat.... sesekali mai mood rajin baru la aku update... :)


kalau nak tau akaun nuffnang aku dari 18 oct 2009 - 29 oct 2009 = RM 0.50 jer... hehehehhe....

nampak sangat x aktif kan...