nuffnang

Singgah Mai beli Satt.... Tgk Jer pon takpa...

Thursday, May 19, 2011

Koleksi Barang Make-Up Dalam Simpanan Aku

ni beg berus make up... dulu beli yg kecik jer....












oil mattifier - untuk mengurangkan kesan minyak di muka


concealer Mary Kay





liquid foundation mary kay




mineral powder mary kay




eye shadow pallette jenama Wales




stick Kryolan Foundation






blusher Elianto


bulu mata palsu


eye shadow elianto





eyeshadow Mary Kay




blusher Mary Kay


eye shadow Revlon dan In 2 it


lip liner Avon, In 2 it, Mary Kay dan Lip Brush MK


lipstik Mary Kay


lip primer - mengurangkan garis2x halus di mulut


lip glosss Mary Kay


highlight warna putih utk bawah kening


eye primer Elianto dan Eye Primer Mary Kay


eye brow pensil dan eye liner pensil


liquid eye liner Mary Kay


maskara


beg berus make up ku


entry kali ni aku nak share tentang barang make up ku.. kebanyakan barang make up dalam simpanan aku brand Mary Kay.. pencuci muka pun aku guna mary kay jugak... mmg sesuai dgn kulit muka aku.. walaupon agak mahal skit jer.. tapi berbaloi-baloi sbb tahan lama....kira jimat la jugak...


paling aku suka foundation, mineral powder dengan eye liner Mary Kay sbb senang aku nk apply dan hasilnye pun ok...


ni la sedikit sebanyak koleksi barang make up aku.. start sekarang aku kena kumpul sikit demi skit untuk menambah koleksi make up aku nih...

Wednesday, May 18, 2011

KurSUS DI KUANtan, PAHANG, 13 - 15 Mei 2011

ni no bilik wana ngan aini.. cun kan... 123


kami anak jati KEDAH DARUL AMAN



me @ pantai


wif my frensss


bestnyer lama x amik angin pantai...


wana, AIni, Roxy, julia n ayu was here.


tag peserta


tgk meja kami.. meriah kan.. sedap sangat ikan bakar dia...


tekun.. tgh kursus nih..


rakan gosipku... :)




aksi gediks d tepi kolam


ramai2x kumpul... tapi x mau mandi... sbb pool utk bdk kecik jer..

pool org besar tgh under construction





best dok tepi pantai.....


tgh bz upload gambar.. hehehhehe....gigihhh...


muka dah kenyanggg




me wif wana













aku g kursus 3 hari 2 malam di Kuantan, Pahang. De Rhu Resort ok lah.. best jugak bilik dia.. yg x syoknya kena naik tangga.. mak aihh dah la beg troli aku berat..... cian kat aku....

xdak lift.....


kursus ni best sbb x tension n rileks jer.. pakai pon "smart kasual" jer... leh pakai jeans n etc..

aku satu bilik ngan Julia. aku baru je kenai dia... tp rs cam dah lama kenai sbb dia peramah n senang bergaul. masa kursus tu ku geng ngan wana, aini, julia n roxy...


cian tinggal laki aku sorang2x kat umah. tp takpa dia pon ada aktiviti dia sendiri iaitu p tgk bola kat stadium dengan lepak ngan kawan2x dia..


1st time aku baru sampai Pahang.. hehehhehe... ciannya kat aku... :)...


Monday, May 9, 2011

Gambar Mak Tiriku dan Emak Mertuaku

gambar ayah dan mak tiriku...


Gambar ni diambil pada hari raya puasa tahun lepas (2010). tema wrna coklat




Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

Marilah sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk emak aku yg tercinta... Semoga emak aku ditempatkan di kalangan org2x yg beriman. Aminnn....


Kasih seorang ibu kepada anaknya.... tiada gantinya...


i luv u ... mak....


Selamat Hari Ibu.....
Hari Ibu jatuh pada 8 Mei 2011 (Ahad)...
Pagi2x lagi aku da telefon mak tiriku di kampung n wish. pAstuh sms ibu mertuaku wish selamat hari ibu.

Ucapan Selamat Hari Ibu ini aku tujukan khas untuk arwah ibuku Allahyarhamah Hajah Rabiah Ibrahim yang telah meninggalkan kami sekeluarga pada 4 Jan 2000. Al-Fatihah. Dah dekat 11 tahun mak aku meninggalkan aku... Terima kasih mak kerana melahirkan dan membesarkan cek...

Mak meninggal masa umur aku baru nak masuk 19 tahun. Yang paling aku kesian ialah dekat adik aku sbb masa tu dia baru nk masuk sek menengah form 1. Adik aku mmg rapat dgn mak sbb dia anak bongsu. AKu pun rapat dengan mak aku sbb jarak aku ngn adik aku 6 thn shj. Dulu aku lagi manja dgn mak. Boleh dikatakan apa yg aku nak mmg dapat. Alhamdulillah masa tu mmg mak mmg akan penuhi apa saja impian aku sbb tu yg membuatkan aku sedikit besar kepala... :) walaupon mak aku suka berleter tapi aku akan dapat juga apa yg aku nak. mak faham perasaan aku, mak tau perangai anak dia macamana, mak boleh baca apa isi hati aku, pokoknya mmg mak aku akan faham segalanya...

masa mak masih ada di dunia ini aku x pandai untuk meluahkan dan tunjuk perasaan kasih sayang aku padanya. sayang antara kami hanyalah di dalam hati dan x dizahirkan dengan kelakuan dan x diluahkan dgn kata2x.. . masa tu aku belum lagi bekerja dan masih lagi belajar. aku x sempat nak balas jasa mak aku. aku x dapat nak beli baju raya, x sempat nak bg mak rasa duit gaji aku.. semuanya x sempat... Allah lebih menyanyangi mak aku.

dulu aku x dpt nk terima hakikat kenapa Allah amik nyawa mak aku cepat sangat. masa tu boleh dikatakan usia remaja baru nak bermula.. banyak benda lagi yg aku nak blajar dr mak aku.

selepas mak aku meninggal apa yg paling aku rindu ialah leteran mak aku... aku rindu sangat nk dengar suara itu.... suara yg suka marah aku sbb aku ni malas nak buat keja umah... semuanya malas sbbnya mak kan ada... :)..

selepas pemergian mak, aku mula belajar berdikari, aku da belajar nak kemas umah, masak n ayah aku la yg jadi cikgu tolong ajar aku apa yg patut. baru aku tau byk pengorbanan mak dan jasa mak yg x dapat aku balas sampai bila2x... mak juga x sempat nk tengok menantu mak... mak xda masa aku kawin...

aku x dpt menghayati perasaan seorang ibu kerana aku belum dikurniakan cahayamata. InsyaAllah mungkin satu hari nanti aku dapat merasai perasaan bagaimana mak aku melahirkan dan membesarkan aku....

bagi kawan2x yang masih mempunyai emak, hargailah mereka semasa mereka ada di dunia ini. tunjukkan kasih sayang anda pada emak anda dan berbaktilah.

Semalam aku ada beli blaus untuk mak tiriku dan mak mertuaku sempena hari ibu. ptg td aku p alamanda beli donut Big Apple utk meraikan bersama dengan keluarga mertuaku. itu saja yang mampu aku buat. Sekurang-kurangnya aku mempunyai ibu tiri dan ibu mertua. Aku amat menghargainya. Ingatlah kita hanya mempunyai seorang ibu. x sama dengan ibu yang lain.