nuffnang

Singgah Mai beli Satt.... Tgk Jer pon takpa...

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

Marilah sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk emak aku yg tercinta... Semoga emak aku ditempatkan di kalangan org2x yg beriman. Aminnn....


Kasih seorang ibu kepada anaknya.... tiada gantinya...


i luv u ... mak....


Selamat Hari Ibu.....
Hari Ibu jatuh pada 8 Mei 2011 (Ahad)...
Pagi2x lagi aku da telefon mak tiriku di kampung n wish. pAstuh sms ibu mertuaku wish selamat hari ibu.

Ucapan Selamat Hari Ibu ini aku tujukan khas untuk arwah ibuku Allahyarhamah Hajah Rabiah Ibrahim yang telah meninggalkan kami sekeluarga pada 4 Jan 2000. Al-Fatihah. Dah dekat 11 tahun mak aku meninggalkan aku... Terima kasih mak kerana melahirkan dan membesarkan cek...

Mak meninggal masa umur aku baru nak masuk 19 tahun. Yang paling aku kesian ialah dekat adik aku sbb masa tu dia baru nk masuk sek menengah form 1. Adik aku mmg rapat dgn mak sbb dia anak bongsu. AKu pun rapat dengan mak aku sbb jarak aku ngn adik aku 6 thn shj. Dulu aku lagi manja dgn mak. Boleh dikatakan apa yg aku nak mmg dapat. Alhamdulillah masa tu mmg mak mmg akan penuhi apa saja impian aku sbb tu yg membuatkan aku sedikit besar kepala... :) walaupon mak aku suka berleter tapi aku akan dapat juga apa yg aku nak. mak faham perasaan aku, mak tau perangai anak dia macamana, mak boleh baca apa isi hati aku, pokoknya mmg mak aku akan faham segalanya...

masa mak masih ada di dunia ini aku x pandai untuk meluahkan dan tunjuk perasaan kasih sayang aku padanya. sayang antara kami hanyalah di dalam hati dan x dizahirkan dengan kelakuan dan x diluahkan dgn kata2x.. . masa tu aku belum lagi bekerja dan masih lagi belajar. aku x sempat nak balas jasa mak aku. aku x dapat nak beli baju raya, x sempat nak bg mak rasa duit gaji aku.. semuanya x sempat... Allah lebih menyanyangi mak aku.

dulu aku x dpt nk terima hakikat kenapa Allah amik nyawa mak aku cepat sangat. masa tu boleh dikatakan usia remaja baru nak bermula.. banyak benda lagi yg aku nak blajar dr mak aku.

selepas mak aku meninggal apa yg paling aku rindu ialah leteran mak aku... aku rindu sangat nk dengar suara itu.... suara yg suka marah aku sbb aku ni malas nak buat keja umah... semuanya malas sbbnya mak kan ada... :)..

selepas pemergian mak, aku mula belajar berdikari, aku da belajar nak kemas umah, masak n ayah aku la yg jadi cikgu tolong ajar aku apa yg patut. baru aku tau byk pengorbanan mak dan jasa mak yg x dapat aku balas sampai bila2x... mak juga x sempat nk tengok menantu mak... mak xda masa aku kawin...

aku x dpt menghayati perasaan seorang ibu kerana aku belum dikurniakan cahayamata. InsyaAllah mungkin satu hari nanti aku dapat merasai perasaan bagaimana mak aku melahirkan dan membesarkan aku....

bagi kawan2x yang masih mempunyai emak, hargailah mereka semasa mereka ada di dunia ini. tunjukkan kasih sayang anda pada emak anda dan berbaktilah.

Semalam aku ada beli blaus untuk mak tiriku dan mak mertuaku sempena hari ibu. ptg td aku p alamanda beli donut Big Apple utk meraikan bersama dengan keluarga mertuaku. itu saja yang mampu aku buat. Sekurang-kurangnya aku mempunyai ibu tiri dan ibu mertua. Aku amat menghargainya. Ingatlah kita hanya mempunyai seorang ibu. x sama dengan ibu yang lain.



No comments:

Post a Comment