nuffnang

Singgah Mai beli Satt.... Tgk Jer pon takpa...

Friday, April 22, 2011

Citer Hindustan AKELE HUM AKELE TUM

mesti nangis tengok citer hindustan yang sedih2x.. tangkap leleh abis...




20 April 2011 - 9.00 mlm -12.00 tghmlm ZEE TV
Best kan tengok citer hindustan...

aku ni memang peminat citer hindustan pon..
kalau x nangis memang x sah la..
lepas nangis rasa puas.. mmg feel gila arr kalau tgk cite hindustan..
mau pulak hero ngan heroin feveret aku yg berlakon...
mmg aku layannnn.... :)


cite hindustan yg dulu -dulu jugak yg best... citer hindustan la ni asyikk seksi jer..
pastuh dok tayang body.. nyanyi2x... lentuk sana lentuk sini...
kissing kat mulut lagi..
citer dulu2x mana ada..
nk kissing mulut pon kena tapis dulu....

citer AKELE HUM AKELE TUM mmg aku suka sebab citer dia best
ngan lagu dia pon sedap.. tgk 2 3 kali pon x jemu...
layannn... anak dia tu comei sungguh...
aku pon minat AMIR KHAN...


Thursday, April 21, 2011

Sourvenir Dari KOREA

my FIL n my MIL


Thank you abah dan mama.... :)... we all love u...

Korean Amethyst

aku dapat necklace silver berloketkan batu Amethyst...
ada dua rantai satu pendek dan satu lagi panjang

cantik tak???... cantik kan... harga selepas diconvert to RM lebih kurang RM300.... :)
MIL siap pesan nanti kalau dapat baby girl boleh la bagi baby pakai.. hehehehehe... kalau dapat baby boy... maknya la yg pakai... hehhehehe... bila la nak dapat baby nih.... ????.....

laki aku dapat 2 helai t-shirt... yg syoknya dia kata mesti mama bagi lebih kat sayang.... mmg pun mama sayangkan menantunya... mama mana ada anak pompuan.... hehehehhe.... laki aku jeles ngan aku.... :)

brooch kasut tumit tinggi


fridge magnet... maka bertambah lagila koleksi fridge magnetku...


sarung lighter,.. laki aku kata ni mmg mama galakkan lagi anaknya utk hisap rokok.... :)


nail cutter yang cute


chopstick n sudu panjang




coklat.... da lama rasanya x makn coklat m m nih..
asyik makan coklat nips jer...
entry ni nak citer pasal sourvenir...hehhehehehe... bestnyer.....
souvenir dari KOREA. MIL kata barang mahal la kat Korea... x leh la nak shopping banyak sangat.. kalau melancong mmg ok la,..
duit korea tinggi dr RM kita....

Friday, April 15, 2011

Give Away Dari AZLINA


Give Away dari AZLINA Alhamdulilah hari ini genap 2 tahun blog saya TERIMALAH AKU SEADANYA...sempena blog terbaru saya DI SEBALIK RAHSIA HATI ( http://syurga-kaseh-azlina.blogspot.com/ ) saya ambil kesempatan untuk mengadakan give away di blog ini sebagai tanda terima kasih saya terhadap sokongan semua terhadap saya selama ini....


Give Away...ini terbuka kepada semua pembaca blog, follower,blog list atau sesiapa sahaja sama ada mempunyai blog atau tidak saya jemput sudi-sudilah menyertainya..Bagi yang tiada blog jika ingin menyertainya boleh tinggalkan alamat email di post comment,yang tiada email juga boleh tinggalkan nama atau talian telepon jika tidak keberatan kerana hanya itu sahaja cara untuk saya menghubungi anda jika anda salah seorang pemenangnya..


ANTARA HADIAH-HADIAHNYA...YANG TIDAK SEBERAPANYA DARI SAYA


TEMPAT PERTAMA....BREAD BOX WITH DECAUPAGE...


TEMPAT KEDUA....RUMAH KUNCI


HADIAH TEMPAT KETIGA... JAM DECO


HADIAH TEMPAT KEEMPAT..JAM COTTAGE


ANTARA SYARAT-SYARATNYA.......

saya bagi yang semudah yang boleh untuk anda menyertainya....


1. KENA JADI FOLLOWER KE DI KEDUA-DUA BLOG SAYA-Terpulang jadi follower boleh tak nak pun boleh...tiada paksaan...- ayu dah jadi dah ...


2. KENA LETAK LINK KEDUA-DUA BLOG KE - Juga terpulang kepada anda letak boleh tak nak pun tak mengapa..


3. KENA BUAT N3 TENTANG GIVE AWAY INI KE - Terpulang tiada paksaan...


4. KENA TINGGAL LINK ATAU ALAMAT EMAIL-(yang tidak mempunyai blog)..DI POST COMMENT...- SYARAT SAH PERNYERTAAN ANDA WAJIB MENINGGALKAN LINK/JEJAK DI POST KOMEN DI KEDUA-DUA BLOG SAYA.Terimalah aku seadanya dan Di sebalik Rahsia Hati sebagai syarat sah penyertaan...jika tinggal komen di post komen di satu blog saja bermakna tidak sah penyertaan anda.. sebarang komen di chat box tidak di kira sebagai penyertaan.


5. HADIAH MISTERI UNTUK FOLLOWER


6.. TARIKH PERNYERTAAN - 6/4/2011 sehingga 1/5/201

so apa lagi kalau nak hadiah GIVE AWAY ni leh la join... :)....




Wednesday, April 13, 2011

PENAT


Perasan tak aku dah berapa hari x update blog?... Ari nih baru aku ada masa nak update... last update rasanya hari jumaat kot... sebabnya ari Sabtu dengan Ahad aku kuar.. Hari Sabtu p makan Char Kuey Teow kat umah kakak aku kat Ulu Langat. Ari Ahad lak lepak kat umah Mak CHaq Puchong. Pastuh Malam tido kat umah MIL.


Pagi esok lak keja... Da la baru 1st day masuk keja, kena kemas bilik Stor ngan Bilik Fail.. Mau x penat... gila letihh weh... Lunch Cik Syud banje makan kat Precint 14 Dilplomatik Makan Nasi AYAM GEMAS.. sedap sangat.... :)

Malam aku da tidoq awai sbb penat sangattt......ZZZZZzzzzzzz.......


Hari Isnin pulak sambung kemas lagi kat dalam bilik KEBAL la pulak... nak buat PELUPUSAN Fail.... Penatt lagik.... Kali ni lunch EN Z pulak banje makan... SYOKKK woo... kitaorg pegi makan kat KABAB Nasi Arab Precint 14 Diplomatik... Sedap jugakk.... :)

Mlm pun tidoq awai jugak sbb letih....


Ari ni baru la lapang skit.... :)




KOIR Kementerian




Hari ni ada latihan KOIR Kementerian sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang akan diadakan pada 10 Mei nanti. Aku wakil bahagian aku. Cikgu yg mengajar koir tuh cikgu yang ajar budak-budak dalam IDOLA KECIL TV9 tuh... nama cikgu tu aku x tau... Sbb ni baru 1st time aku g latihan... AKu tergolong dalam SUara SOPRANO.. suara tinggi....

yang bestnyer sapa-sapa yang masuk koir akan dapat baju FREE... heheheheheheheh....





Friday, April 8, 2011

You Are Beautiful


ni entry yg sangat gediks ok.. best kan kalau orang puji kita CANTIK kan... I LIKE (kembang hidung, kembang segala-galanya lah) ... terus bersemangat dan senyum meleret...(senyum sampai telinga)


ari tu masa dapat gaji aku p la D8, kan ada jualan lepas gaji.. ada sorang makcik tu juai t-shirt ngan blaus... aku pun ushar2x la baju yg dia juai tuh... pastuh yg syoknya dia siap pegang tangan aku dan dia tgk muka aku.. awak ni cantik la... kui...kui...kui... kulit awak pun bersih n licin... wahhh.... terkedu aku kat situh jugak... hehhehehehe.... :)

nasib baik aku x ckp kat mak cik tu gunalah MARY KAY kan....


makcik puji aku tu ikhlaskan....

so aku pon tak la beli baju dia sbb semata-mata dia puji aku kan...


motifnyer kat sini nak habaq la ada orang puji aku... hehehehehee..... :)


motif gediks sangatttt kannnn..... :p

Thursday, April 7, 2011

Green Tea Dr. Aishah



Aku start diet bulan 2. Aku makan produk Dr. Aishah Solution. Harga dia memang la mak aiii mahai nak mampuih.. tp sebab nk kurus punya pasal terpaksa la beli jugakkan... Dekat 2 bulan aku makan produk tu berat aku turun 7kg.... :)




La ni aku dah start makan nasi ngan roti. Masa diet dulu aku diet karbohidrat... boleh makan ikan, ayam, ketam dan macam2x la kecuali KARBO..




aku dah stop makan produk, cuma la ni aku dok minum Green TEA nih.. green tea ni mmg bagus. Harga dia pon murah jugak. RM35 je .. tahan lama tuh....




feedback yg aku dpt lepas minum green tea ni ada yg kata perut cepat kenyang, selalu g toilet, menghalang perasaan nak makan banyak....




dan yg paling penting GREEN TEA dapat meningkatkan tenaga metabolisme badan.... I LIKE....
TEH HIJAU (Camellia sinesis) adalah sejenis teh hasil daripada daun muda yang segar, diwapkan dan kemudian dikeringkan untuk menjadi produk teh komersial.

Teh hijau mengandungi tiga bahan yang bertindak aktif sebagai agen pelangsing iaitu kafeina (caffeine), L-Theanine dan Epigallocatechin-3 gallate (EGCG).

1.KAFFEINE (caffeine) di dalam teh hijau mempunyai kesan thermogenesis (pembakaran lemak). Ia meningkatkan daya sel-sel otot mengambil dan membakar asid lemak. Ini membantu mempercepatkan pembakaran lemak dan membantu menurunkan lemak badan.
2.L-THEANINE di dalam teh hijau memberi ketenangan, mengurangkan kerisauan dan kemurungan. Ini akan membantu seseorang daripada makan terlalu banyak semasa menghadapi tekanan.
3.EGCG, epigallocatechin-3 gallate, yang terdapat dalam teh hijau bertindak sejajar dengan kafeina membantu meningkatkan kegunaan tenaga. EGCG juga mengurangkan tahap insulin dalam darah. Insulin berperanan dalam mengawal berat badan. Lebih banyak insulin lebih susah hendak menurunkan berat badan.
Antara khasiat & kebaikan TEH HIJAU kepada anda:

•Polyphenols menggalakkan pembakaran lemak.
•Meningkat keupayaan insulin dan metabolisme glukos untuk remaja yang sihat.
•Mengawal pendarahan.
•Membantu luka sembuh dengan elok.
•Membantu mengawal suhu badan.
•Meningkat penghadaman.
•Epigallocatechin (EGCG) ialah antioksidan berkeupayaan tinggi. Ia membantu mencegah kanser pankreas, paru-paru, postate, kulit dan ovari.
•Pengurangan berat badan.
•Merangsang metabolisme dan membantu pembakaran lemak.
•Membantu mencegah penyakit jantung kadiovaskular.
•Membantu mengurangkan kolestrol jahat LDL.
•Agen anti penuaan yang sangat berkesan dalam menyahkan "radikal bebas" yang merosakkan sel-sel.
Berat: 50mg
Harga Runcit: RM35.00


so sapa2x yg nk try GREEN TEA ni boleh ca=ontact aku ok... :)