Friday, November 4, 2011
Teks Khutbah Jumaat - 4 Nov 2011
” HAJI MABRUR SATU MATLAMAT ”
( 4 NOVEMBER 2011 / 8 ZULHIJJAH 1432H )
Sidang Jumaat Yang Di Muliakan,
Pada hari Jumaat yang berkat dan di dalam masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat yang menjadi tetamu Allah sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi umat yang terbaik, umat contoh dan memperolehi kebahagian di dunia dan di akhirat. Mimbar Jumaat pada hari akan memperkatakan mengenai tajuk: ” HAJI MABRUR SATU MATLAMAT ”.
Sidang Jumaat Yang Di Muliakan,
Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat ilahi kerana kita sedang berada pada hari yang mulia dan bulan yang berkat ini. Kita semua sedia maklum bahawa pada saat dan ketika ini umat Islam dari seluruh pelusuk dunia sedang menunaikan ibadah haji yang merupakan salah satu daripada rukun Islam dan satu kewajipan yang mesti ditunaikan bagi mereka yang memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak. Firman Allah SWT di dalam surah Ali 'Imran, ayat 97:
Maksudnya: “Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; diantaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya, aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.”
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT,
Berdasarkan kesungguhan dan pengorbanan tinggi jemaah haji dalam membuat persiapan melaksanakan ibadah tersebut, maka diharapkan ibadat haji yang dilaksanakan itu mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT dengan memperolehi haji yang mabrur. Haji mabrur adalah haji yang diterima dan dikurniakan ganjaran syurga oleh Allah SWT. Ini merupakan kedudukan yang paling tinggi dan istimewa, malah ingin dikecapi oleh sesiapa sahaja yang menunaikan ibadah haji tersebut. Sabda Rasulullah SAW :
Mafhumnya: “Daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: " Satu umrah dengan umrah yang lain adalah penghapus dosa, dan haji mabrur (diterima) amalannya, tidak dibalas baginya melainkan dengan syurga”(Riwayat al-Bukhari|).
Oleh itu, ganjaran besar ini tidak memungkinkan seseorang itu mencapainya dengan begitu mudah. Bahkan akan menghadapi berbagai-bagai kesukaran, pengorbanan dan cabaran dengan berasaskan kekuatan iman dan taqwa. Secara umumnya, seseorang yang ingin mencapai haji yang diterima dan mabrur di sisi Allah hendaklah melaksanakan beberapa perkara berikut:
Pertama: Sifat Ikhlas.
Imam Nawawi menjelaskan dalam kitab Syarah Muslim bahawa haji yang mabrur adalah yang tidak bercampur dengan dosa dan tidak riak.
Kedua: Sumber Yang Halal.
Dalam sahih Muslim Rasullullah SAW bersabda:
Mafhumnya: “Sesungguhnya Allah itu baik, dan tidak menerima kecuali yang baik”.(Riwayat Muslim)
Justeru, sewajarnya sebagai seorang yang akan menunaikan haji meneliti dan bermuhasabah kembali segala sumber-sumber pendapatan, perbelanjaan, bekalan dan pakaiannya dari sumber-sumber yang halal.
Ketiga: Mempelajari ilmu-ilmu yang berkaitan dengan ibadah haji dan umrah.
Syeikh Mustafa az-Zarqa’ dalam buku Fatwa Hukum Haji dan Kelebihannya ketika ditanya makna haji yang mabrur, menyatakan di antara ciri-ciri haji yang diterima ialah: “ Hendaklah bagi tuan empunya yang menunaikan haji tidak melampau-lampau di dalam mengerjakan kewajipan haji, tidak mengabaikan adab-adab haji dan sunnah-sunnahnya, memperbanyakkan taat, ibadat, sedekah, menjadi teladan (kepada orang lain) dengan memiliki budi pekerti yang baik, memberi makan sekadar kemampuannya, berkata-kata dengan lembut, dapat mengawal setiap cabaran yang ditempuh, bersikap berlapang dada dan pemaaf, kembalinya dari haji dengan memandang tinggi kehidupan akhirat dan berniat untuk kekal (seperti keadaan tersebut) dan istiqomah”.
Sehubungan itu, mimbar menasihatkan kepada umat Islam supaya berusaha mendalami ilmu yang berkaitan dengan perlaksanaan ibadah haji dan umrah agar segala perbuatan dan adab-adab dapat dilaksanakan dengan betul dan sempurna.
Keempat: Menjauhi amalan-amalan cela dan khurafat.
Perbuatan-perbuatan cela seperti mengumpat, maki hamun, hasad dengki kepada sesama muslim merupakan perbuatan yang dikutuk oleh Allah SWT yang perlu dijauhi di mana kita tahu tujuan asal kita adalah untuk menyucikan diri dari segala dosa. Manakala perkara-perkara khurafat perlu dijauhi seperti mengusap makam Nabi Ibrahim AS, menanam batu di Arafah, memotong kelambu Kaabah, mencari tiang Jin dan sebagainya. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 197:
Maksudnya: “(Musim) Haji adalah beberapa bulan yang termaklum. Maka sesiapa yang berniat mengerjakan ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan diketahui oleh Allah; dan berbekallah, sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa; dan bertakwalah kepada-Ku wahai orang yang berakal.”
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT,
Banyak juga persoalan yang di timbulkan bahawa mereka yang memperolehi haji mabrur itu dikatakan akan mengalami peristiwa yang pelik antaranya tersesat di dalam perjalanan, hilang harta-benda, mendapat mimpi dan sebagainya.Sebenarnya ini adalah pandangan dan tanda-tanda yang tidak betul kerana ibadah haji seseorang itu diterima ataupun ditolak oleh Allah SWT dapat dilihat setelah beliau kembali dari menunaikan ibadah haji. Menurut oleh al-Khawwas dalam kitab Bughyatul Mustarsyidin bahawa: Setelah mereka kembali dari mengerjakan ibadah haji, mereka berakhlak dengan akhlak Rasulullah SAW, mereka tidak akan mencebur diri di dalam dosa dan tidak memandang dirinya lebih tinggi daripada seorang hamba-hamba Allah SWT, tidak pula merebut-rebut untuk mendapat sesuatu daripada perkara dunia. Manakala tanda ibadah hajinya tidak di terima ialah bahawa mereka kembali semula kepada keadaanya sebelum mengerjakan haji.
Mimbar ingin menyatakan bahawa haji mabrur merupakan satu pengiktirafan kepada umat Islam yang telah berjaya melaksanakan amalan hajinya dengan sempurna. Selain itu ia akan melahirkan insan yang berkualiti dari aspek akhlak, ibadah dan hubungan baik sesama manusia di dunia ini. Manakala kehidupan di akhirat kelak menerima kurniaan iaitu ganjaran syurga oleh Allah SWT. Oleh itu marilah sama-sama kita berdoa agar umat Islam yang berada di kota suci Mekah pada saat dan ketika ini bagi menunaikan ibadah haji, diberi kesihatan,dilapangkan fikiran, dipermudahkan segala amalannya bagi melaksanakan rukun Islam yang kelima ini. Mimbar juga mengambil kesempatan untuk merakamkan takziah kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda di Negara jiran kita iaitu Thailand. Mimbar menyeru kepada semua pihak, marilah sama-sama kita memberi sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar mengambil kesempatan bahawa pada hari Ahad 10 Zulhijjah ini bersamaan dengan 6 November 2011 umat Islam seluruh dunia akan menyambut hari raya Haji atau hari raya Korban. Seterusnya pada hari itu juga dan hari-hari tasrik iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah, umat Islam diperintah dan disunatkan berkorban binatang ternakan sebagai korban untuk disedekahkan dagingnya kepada fakir misikin semata-mata kerana Allah SWT. Ibadah korban ini merupakan sebahagian tanda kesyukuran kepada Allah SWT di atas nikmat yang dikurniakan dan ianya sebahagian daripada syiar agama Allah SWT yang mesti di agungkan dan di hormati. Bagi mencapai tahap tersebut ianya perlulah disertakan dengan niat yang ikhlas dan perlaksanaan yang terbaik samada dalam aspek pemilihan binatang, penyembelihan, pengagihan daging dan sebagainya. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah an-Nur ayat 37:
Maksudnya: “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah; dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (Kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”

Saturday, October 29, 2011
Sabtu - No Plastic BAg PLZZ...
Thursday, October 27, 2011
3rd Day - Makan Produk
Pagi2x lagi pas mandi terus aku timbang.. hehehehehe.. excited nk tau berat turun ke tak... saje je nk test penimbang baru yg aku beli kat SOGO mggu lepas. sbbnya penimbang ni penimbang digital so aku x pyh la dok srh hubby aku tgk berapa berat aku. aku leh timbang sendiri.
padahal aku melantak makan x ingat. aku x expect pun berat aku turun.
terkejut aku, aku turun 1 kg dlm ms 2 hari... biar betul... syoknyer.....maybe sbb aku exercise ala2x malas tu kot yg turun... agaknyer la...
so pagi ni aku start amik 2 pil utk breakfast dan 1 pil untuk lunch.
breakfast aku makan roti gardenia gandum ngan cheese dan buah epal.
lunch aku makan nasi separuh, sayur brokoli ngan sambal daging. x abis makan jgk sbb cepat kenyang... aku byk minum air pastu aku semangat dr tgkt 3 naik ke tgkat 7 naik tangga ok... semangat giler... hehehehheehe... pastu turun pun ikut tangga gak....
wah.... x sangka aku.. tp tu la aku ni jenis semangat angat2x taik ayam.... baru 2x je semangat lebih... hehheheheh.....
mlm x tau nk makan apa lagi :)
padahal aku melantak makan x ingat. aku x expect pun berat aku turun.
terkejut aku, aku turun 1 kg dlm ms 2 hari... biar betul... syoknyer.....maybe sbb aku exercise ala2x malas tu kot yg turun... agaknyer la...
so pagi ni aku start amik 2 pil utk breakfast dan 1 pil untuk lunch.
breakfast aku makan roti gardenia gandum ngan cheese dan buah epal.lunch aku makan nasi separuh, sayur brokoli ngan sambal daging. x abis makan jgk sbb cepat kenyang... aku byk minum air pastu aku semangat dr tgkt 3 naik ke tgkat 7 naik tangga ok... semangat giler... hehehehheehe... pastu turun pun ikut tangga gak....
wah.... x sangka aku.. tp tu la aku ni jenis semangat angat2x taik ayam.... baru 2x je semangat lebih... hehheheheh.....
mlm x tau nk makan apa lagi :)
HAPPY DEEPAVALI
Selamat Bercuti.. 26 Oktober 2011 (Rabu) Cuti UMUM sbb HARI RAYA DEEPAVALI.Plan for today, aku nk g beli barang dapur kat MYDIN USJ.. hehehhehe... bestnyer shopping.. i like...
pagi2x lagi dah p Mydin. Sampai sana dlm kul 11.30 pg. terus g makan kat food court. BRANCH - Breakfast campur LUNCH... :)
before kuar aku dah mkn 1 pil utk 2nd day.
aku order sizzling mee chicken chop. x abis aku mkn sbb da kenyang. aku ratah ayam jer.. minum air mineral RM1.50 sama harga ngan nescafe tarik gelas besar hubby. beli buah papaya potong. ikut sunnah nabi makan buah dulu baru makan berat. sbb masa tu aku tgk buah betik tu sgt menggoda tu yg aku beli tuh... kalau x kirim salam je lah....
pas makan terus g shopping.... beli apa yg patut.. yg x patut pun beli jugak... hihihihiiii...
pas mydin g Pasar Borong Selangor sbb my hubby nk beli buah tembikai. buah kat pasar borong murah skit dr supermarket.
pas g pasar borong g kedai DVD kat Equine PArk sbb aku dah lama x layan cite hindustan..
rindu nk feeling2x.. nak nangis2x... best woo....
so aku amik 2 cite hindustan ngan 1 cite melayu. yg lain my hubby amik movie yg dia suka.
sampai umh dlm kul 3.00 ptg. kul 5.00 ptg myhubby ada game bola so aku apa lagi layan DVD la...aku layan citer hindustan tajuk "BODYGUARD" lakonan Salman Khan dan Kareena Kapoor... 1st aku igt citer dia mcm movie bodyguard org puteh lakonan Kevin Costner. rupanya citer dia lain gila.. merapu byk.. lawan, gaduh pun x logik sungguh. terbang sana, terjun sini.. macam2x ar... tp Salman Khan dlm tu smart sbb pakai rayban... heheheh... aku bukanla peminat Salman Khan.. aku minat tgk Kareena Kapoor.. dia cantikssss sgtttt... lawa la... tp seksi memanjang... :)...
sambil dok layan citer tu aku dok buat la exercise goyang kaki, tangan, amik dumb bell AVON dok pulun la buat exercise sambil tido ok.. sit up pun kepala lapik ngan bantal,.. heheheh.
bila lapaq aku mkn roti gardenia Vanilla ngan Sambal ikan bilis... pastu sambung exeercise balik... ptg hujan lebat nasib baik aku lyn DVD.. hehehe.. kalau tak x dptsiaran la ...
pukui 7.00 mlm layan citer SOFIYYA ... hish geram la aku tgk drama nih.. benciii... meluat semua ada...
lps Isyak aku ngn hubby g amik MIL & FIL kat LCCT. dinner kat MALEE DENGKIL... aku da kenyang tp nk mkn jugak... ehhehehe... aku order Mihun Goreng. x abis makan pon.. makan separuh jer.. makan udg goreng tepung 2 ekor jer.. air milo tarik... mana aku diet. aku hentam makan jer,....
Tuesday, October 25, 2011
Day 1st - Makan Produk T***** terpaksa dirahsiakan

1st Day - 25 Oktober 2011
Pagi - b4 brekfest amik 1 biji. lepas 1/2 jam baru leh brekfest :)
Lunch - pun sama gak amik 1 biji sebelum makan lunch
makan nasi hujan panas lagi dgn ayam masak merah... pas makan kenyang giler-giler
ptg - still kenyang lagik....
malam - tak tau lagi... hehehhehehe.....
apa perubahan - just rasa dada berdebar-debar.. pastu asyik sendawa jer... :)
berat = malu nk tulis sbb berat sangat ;0)(tp dah catat kat buku )
ok... tunggu utk 2nd day ... :p
Langkah-langkah Untuk BERDIET - boleh ikut ker.... tny la HATI n MULUT :)
Langkah-langkah untuk KURUS:
1-Jaga pemakanan anda. Makanan yang berlemak dan berminyak hanya akan menambahkan berat badan
2-Jangan makan nasi. Kawan saya pernah berdiet tidak makan nasi dan kurus cepat. Katanya 3 minggu tak makan nasi, dia kurang 2kg. Kalau tak boleh tak makan nasi, Malaysia, boleh kurangkan jumlahnya.
3-Minum banyak air putih / air masak / air mineral dan kurangkan air bergula.
4-Buah-buhan terutama epal hijau bagus untuk orang berdiet.
5-Makanan berserat seperti roti gandum dan bijirin bagus untuk penghadaman.
6-Berjalan kaki ke mana saja paling bagus untuk kurus @ naik tangga ke pejabat. jgn naik lif
7-Ajaklah kawan anda berdiet dengan anda. Kalau berdiet seorang, memang tak jalan.
8-Makan buah sebagai snek untuk gantikan goreng pisang etc.
9-Orang yang belum kahwin, kadar metabolismenya lebih tinggi, jadi kalau nak berdiet, mereka lebih cepat kurus. Orang yang beranak satu akan cepat kurus berbanding dengan orang beranak dua. Oleh itu, kalau nak berdiet, lebih baik diet masa muda-muda...haha
ye ker.. yg aku nih xdak ank pon susah gak nk turun.. heheheheheh
10-Bersenam bagus untuk kesihatan
( nk senaman... nk senam kat mana?.. atas katil? hehehehhe)
Nak DIET... tapi x boleh.... :(
alahai.... lamanya aku x update blog... awat la malaih sgt nih.....
aku rasa badan aku semakin hari semakin membesar... makin GEMS... ok...
tu yang aku x suka tuh... semakin BERISI, DEBAB, GEMUK, n macam-macam la..
byk baju yg dah x muat... sedihnyer..... :(
aku ni selalu DIET hangat2x tahi ayam jer.. beria-ria, bersungguh-sungguh.. tp tu semua sat jer... SEKERAT JALAN jer.. beli la produk apapun minum @ makan x penah abis...
dok perabih duit je beli produk tu beli produk nih...
alahai.... nasib badan...
ni semua salah HATI... sat HATI nk kurus... sat dia kata lantak lah... biaq p lah... mcm2x la kata hati...
jom kira BMI.. sila klik di bawah ini
of course la BMI aku tettttttt... mencik.... huarghhhhh....huarghhhh... nak nangesss....
Subscribe to:
Posts (Atom)